Sunday, 25 September 2011

Lagi Berita Pasal Malaysia Star - Safee Sali.

'DAVID BECKHAM MALAYSIA' SAFEE SALI BERHARAP AKAN KEMBALI KE CARDIFF CITY SELEPAS PERCUBAANNYA BERSAMA KELAB ITU.



Penyerang sensai Malaysia Safee Sali akui bahawa adalah impiannya untuk bermain dengan Cardiff City,tapi selepas beliau tamat percubaan bersama Bluebirds selama 2 minggu , dia takut jika impiannya tidak akan menjadi kenyataan. 

Pemain yang berumur 27 tahun ini telah diberi gelaran "David Beckham Malaysia" kerana berprofil tinggi di negara Asia dan kini mensasarkan untuk meningkatkan lagi profilnya dengan melangkah setapak ke Eropah.

Safee berkata,dia telah tertarik dengan Cardiff City dan pengurusnya Malky Mackay, dan dia akui bahawa masalah untuk mendapatkan permit kerja di UK mungkin memusnahkan impiannya.

Safee akan kembali ke Malaysia pada hari Selasa depan nanti sebagai persediaan untuk perlawanan antarabangsa dengan Australia bulan depan,tetapi dia berharap dia akan pulang ke ibu negara Welsh.

"Semuanya berjalan lancar di Cardiff dan saya sangat seronok,"kata Safee. "Latihan berjalan sangat lancar dan rakan sepasukan saya sangat baik dengan saya.Itu semua membuatkan saya sangat dialu-alukan disini.

"Perkara pertama yang saya perhatikan adalah permainan disini sangat pantas berbanding di Malaysia.

"Anda tidak akan mendapat masa yang lama untuk bola.

"Pastinya ini adalah standard lebih tinggi dari Malaysia dan ia adalah pengalaman baru bagi saya. 

"Ia adalah baik untuk saya.Saya telah belajar itu semenjak saya berada disini.Ia adalah satu tahap yang berbeza.

"Malky Macky adalah Pengurus yang sangat bagus.Dia adalah seorang yang sangat ikhlas,dia juga jenis orang yang baik dan saya sangat berbesar hati jika dapat bekerja dengannya.

Di Indonesia,Indonesia Super League Safee bersama Pelita Jaya,beliau adalah nama besar di sana dan adalah diantara penyerang yang digeruni.Sepanjang kerjayanya bermain di Kelab Malaysia,dia menjaringkan 110 gol yang luar biasa dengan 138 penampilan dan di peringkat antarabangsa pula beliau telah menghasilkan 16 gol dengan 31 penampilan.

Beliau sangat terkejut melihat laporan akhbar setibanya beliau di Cardiff.Dia banyak mengambil perkara yang positif sepanjang berada bersama Bluebirds.

"Saya akui saya sangat terkejut bila melihat keratan akhbar Inggris yang menyatakan bahawa saya telah sampai di Cardiff untuk tempoh percubaan di kelab itu.

"Ia adalah satu kejutan besar bagi saya,"tambah Safee.

"Saya rasa saya telah membuat yang terbaik dan ia membuatkan saya gembira mengenai itu kerana itu yang saya mampu lakukan.

"Saya telah cuba bersungguh-sungguh dan saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar kerana ia adalah masalah permit bekerja.

"Tetapi saya masih berharap saya boleh bermain di Cardiff City.Saya ingin menyertai Cardiff City.

"Apapun yang berlaku pada masa akan datang,masa saya di Cardiff telah membawa banyak perbezaan pada saya dan keluarga.

"Saya akan mengambil beberapa contoh yang baik ketika saya di sana dan ia adalah pengalaman yang menarik ketika di Cardiff City.


sumber : WalesOnline.co.UK 


No comments:

Post a Comment